Slot Zehra TV3 membawakan drama terbaru, Teratai Kemboja. Drama bersiri 21 episod ini adalah terbitan syarikan Saphire Screen Sdn Bhd. Diarahkan oleh Along Kamaludin, idea asal drama ini merupakan hasil nukilan Dr Bambang dan skrip Zarihah Hassan.

teratai kemboja

Para Pelakon

Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21

Sinopsis Teratai Kemboja

Teratai Kemboja mengisahkan mengenai Fikri (Dato’ Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.

Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.

Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya
mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

Saksikan drama Teratai Kemboja ini pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Program Gema Gegar Vaganza 2018 akan mula bersiaran secara langsung selama lapan minggu bermula 31 Mac ini. Dan akan disiarkan di saluran Astro Maya HD, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam.

Gema Gegar Vaganza

Peserta Gema Gegar Vaganza 2018

1. Ippo Hafiz
2. Awi Rafael
3. Rabithah
4. Devotees
5. Mestica
6. InTeam
7. Hazwani & Heliza
8. Fitri Haris
9. Brothers
10. Adeep Nahar
11. Farah Asyikin

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Saksikan nanti program Gema Gegar Vaganza 2018 pada setiap Sabtu jam malam.

Mulai 23 Mac ini kumpulan pelawak popular, Bocey kembali beraksi secara langsung dengan sketsa komedi yang menarik dalam rancangan Bocey & Friends Live. Nantikan siapakah tetamu istimewa yang akan beraksi bersama mereka.

Bocey & Friends Live


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Saksikan Bocey & Friends Live pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna.

Slot Skrin Komedia Astro membawakan drama Bimbi & Bonni Misi 007. Mula 14 Mac 2018 bersiaran 13 episod pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (132, HD 124). Arahan si Michael Ang, drama ini terbitan syarikat Hyper Pictures Sdn Bhd.

bimbi & bonni misi 007

Para Pelakon

Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Isa Khan, Azhan Rani, Zain Hamid, Fahad Iman, Haiza Hanafi, Sean Lee, Farez Ridzwan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Bimbi & Bonni Misi 007

Bimbi merupakan anak kepada Dato' dan berkawan rapat dengan Bonni. Suatu hari, ayah kepada Bonni telah menghilangkan diri dan mereka hilang sumber wang untuk berbelanja.

Saksikan perjalanan dorang yang mencuit hati ini dalam drama Bimbi & Bonni Misi 007 setiap Rabu - Jumaat 9 malam yo!.

Terbaru drama Cinta Fatamorgana akan memulakan siaranya pada 13 April 2018 di Slot Akasia TV3. Drama terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bdh ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Bersiaran selama 27 episod drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

cinta fatamorgana

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Nazeera Sardi, Shahz Jaszle, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27

Sinopsis Cinta Fatamorgana

Kisah persahabatan di antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi) Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.

Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.

Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?

Terbaru drama Mona Lisa akan bersiaran selepas berakhirnya Syurga Yang Kedua. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan merupakan adaptasi drama Korea bertajuk Two Women's Room. Bersiaran 80 episod di slot Tiara Astro Prima dan Maya HD jam 6.00 petang.

mona lisa

Para Pelakon

Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Fatin Nur Afifah.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Mona Lisa

Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

Saksikan sambungan kesudahan drama Mona Lisa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di saluran Astro Prima dan Maya HD.

Program realiti Mentor Otai yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat tempatan kini kembali dengan konsep baharu. Menampilkan Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider, dan Zarul Umbrella sebagai mentor dalam Mentor Otai.


Dihoskan oleh Haziq Husni dan Elly Mazlein, diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Mentor Otai akan menemui para penonton di sekitar bulan Mac 2018.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10





 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar