Drama Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson

Terbaru drama adaptasi novel terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama Tak Ada Cinta Sepertimu akan memulakan sirinya pada hari ni 12 Mac 2018. Bersiaran 16 episod, drama ini diarahkan oleh pengarah Jamal Khan. Novel karya Anna Milia.

Tak Ada Cinta Sepertimu

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Haleeda, Ardell Aryana.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16
Link Backup

Drama selepas TACS: Mr Grey lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali

Video Promo Minggu Ini


Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Ikuti kesudahan drama Tak Ada Cinta Sepertimu pada hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar